Monday, 29 September 2014

Ujian Hidup

assalammualaikum

selamat pagi semua, semoga semuanye sentiasa dalam keberkatan..ameenn :) lama juga ta bukak ini blog..bertepek-tepek habuk...fuhhhhh..ahhcummm.. hee
hurrmm tajuk ni memang mendalam sikit....tambah radio plak putarkan lagu2 yang menyentap tangkai hati..bertambah2lah rasa :"(

boleh dikatakan tahun 2014 nie memang sedikit mencabar..macam2 ujian yang telah Allah kurniakan bermula daripada matinya lesen belian ......... dan seterusnye hal-hal ditempat belajar..
sekarang ni lyyn sepenuh masa belajar bagi melengkapkan apa yang kurang bagi mendapatkan sebuah title".. dan title sebagai pekerja tu terpaksa dikuburkan buat sementara waktu.

ya..inilah ujian hidup..kita akan merancang segala yang kita rasa terbaik untuk hidup kita tapi perancangan Allah adalah yang paling terbaik.. :) dan sesungguhnya lyyn menerima segala ujian ini dengan tabah..

cume ade segelintir individu yang akan involve dalam masalah yang kite hadapi secara sedar atau tidak.. " depa" ni kadang yang lebih berbanding kite yang sememangnya menghadapi masalah tu.. benda yang kecil pon boleh menjadi masalah yang besar kalau ade mulut-mulut jahat ini.. #fact.. sabar jela nak buat macam mane lagi..#kite hot :) heee

cuma nak habaq la sikit.. apa pon masalah org lain janganlah kite yang sibuk sangat.. canang sana sini.. seoleh2 kite ni buka aib org lain plak..pandai2la jaga hati orang atau pandailah sikit menghormati hak orang lain...kang Allah terbalikkan balik..aib awak tu plak Allah buka..zaman sekarang ni Allah bayar cash je...jadi mari sama-sama amalkan sikap yang lebih natural supaya hubungan yang terjalin tu lebih baik dan mendapat keberkatan Allah..inshaAllah :)

adehal plak... bai



sekadar gambar hiasan :P

Tuesday, 24 December 2013

kelebihan @ kebaikan VCO catalyst :)

saya makan nie mmg syok.. pagi2 je mesty buang.. rasa lega and ringan je.. jd kat bawah tue saya kongsikan sikit kelebihan VCO ne.. sila2 la baca..



Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.


Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Sunday, 22 December 2013

sinopsis menjinak ombak..

cite ni penuh tanda tanya...




Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!
Menyusuli dengan kejayaan ‘Kampung Girl’, slot drama TV3 Zehra kembali mempersembahkan sebuah drama bersiri yang penuh misteri, ‘Menjinak Ombak’ bermula 6 Disember 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Eurofine Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh Along Kamaruddin, nukilan skrip oleh Azlan Din dan membariskanan pelakon popular tanahair seperti Shukri Yahya (Firhad), Fezrul Khan (Tengku Fatah), Risteena (Syakinah), Talha Harith (Asyraf) dan ramai lagi.
Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.
Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.
Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.
Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.
Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!
Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.
Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.
Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.
Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.
Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? 
Sinopsis cinta pandang ke 2 

hihi best la cite nie..

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.
<3 hihi best

Tuesday, 3 September 2013

as salam

03.09.2013 hari nie bufday "dye
dye yg telah tinggalkan saya selama 5tahun ney
yaAllah, sejahat mana dye pada saya dahulu..
jadikanlah dye hambamu yang beriman dan bertaqwa
jadikanla dye hambamu yg sentiasa mengingatimu walau dimana jua keberadaan dye..
berikanlah keberkatan didalam setiap perjalanan hidupnya..
amin..
yaAllah, saya rindukan dye
hapuskanla rasa rindu ini.. hapuskanla perasaan cinta yg sgt mendalam ini..
hapuskanlah segalanya yaAllah agar hati ini terbuka untuk menerima insan yg bergelar lelaki.



harapannye begini, tapi.......?? jodoh tiada

Wednesday, 24 April 2013

assalammualaikum..

apa khabar semua? sihat ke? moga-moga semuanya sihat sejahtera :)
kebelakangan ney pelbagai benda yang berlaku dalam hidup nie.. bukan hanya gembira tapi kedukaan jgk berlaku.. tp alhamdulilah semuanye dapat diselesaikan dengan baik.. kerana Allah mendengar setiap doa2 ku ^^ syukur..

alhamdulilah.. baru2 ney baru je selesai menjalankan kursus kahwin..yeahhh selepas ne boleh la kawin ye :) huhu.. sebenarnya ta sedia lagi nak g kursus kawin tue.. tp kawan plak ajak teman dye.. dengan hati ta rela g la jgk sebb nak menjaga hati kawan :) tau tau punya la berdebar sampai nak tulis name pon ketar abeh.. awat la ta tau.. kata ade jodoh kat situ ta de plak.. haha.. sabar je la.. semuanya berjalan dengan baikk..

hari pertama ustaz terangkan macam-macam seperti rukun islam dan sebagainya.. bila dengar ustaz ceramah rasa banyak benda yang tertinggal.. terasa hati nak mendalami lebih lagi ilmu agama.. seronok sangat dengar ustaz ceramah sampai ta sedar langsung waktu berlalu..huhuh..

masa seblum break.. tetiba ustaz kata " encik2 dan cik2 selepas waktu rehat nie ustaz nak test kamu mengaji.. jadi kamu semua siap sedia la.. :) hehe aku tgk muka sorang2 cuak.. temasuk la aku huhuh.. bukan ape da la ramai org mau ta tersalah baca dibuatnya.. haha.. tapi alhamdulilah dapat bace dengan lancar walaupon hati tue Allah je yang tahu. ^^ syukur hihi

masuk hari kedua.. ustaznye semua sporting dan sempoi.. haha.. macam2 ilmu perkahwinan yang di cerita kan.. dari yang kelakar sampai la yang serius.. haha syok sangat... terasa cm dapat banyak sangt ilmu ^^ tp ade part2 yang buat muka berubah malu.. hoho.. yang encik2 kite tue.. gelak sampai telinga.. haha. gila ubi betul...

overoll mmg syok la kursus perkahwinan ney :) yeahhhh alhamdulilah.. i da ade sijil kursus kawin ^^
awak2 yang ta ade lagi tue... cepat2 la ambek ye.. pas ney may be lagi susah dan mahal cikit.. kata ustaz tue.. bukan nak bag takut tau :p

bai :)





Saturday, 2 February 2013

bubur lambuk

hellooo awak-awak semua..
Assalammualaikum :)
alhamdulilah kite masih diberi peluang untuk menikmati udara didunia ney.. syukur ^^

oke, hari ney nak bg resepi yang simple tp sedap..nyum2 sesuai untuk makan pagi atau petang..
tapi kalau sy..pagi petang dan tengahari pon boleh..hihi
asalkan kenyang perut :)

jap2..ade ta yang ta suka makan bubur lambuk?? rugi tau sbb bubur ney sedap dan mengenyangkan... jadi lepas tgk resepi ney sila2 la buat ye ^^ hasil tangan sendiri berganda2 sedap tau..
dari ta suka terus suka nanty.. :D
jom tgk bahan2nya :)

Bahan-bahan

150gm Beras
1 1/2 Liter air
100gm Daging/Ayam
100gm Santan pekat
30gm Daun bawang dan Daun sup
10gm Udang kering
1batang Serai (diketuk)
2sm Halia (diketuk)
1/2 biji Telur masin

Bahan-bahan tumis

1sudu makan Minyak sapi
4biji Bawang merah (dimayang/hiris)
3kuntum Bunga cengkih
1sm Kulit kayu manis
2kuntum Bunga lawang
1sudu Rempah ketumbar
1/2 sudu Serbuk Lada hitam

Cara-caranya


  • Mula2 rebus daging/ayam sehinga lembut. Apabila daging/ayam sudah lembut toskan dan carikan halus2.. Air rebusan disimpan untuk digunakan nanti. 



  • Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan Tumis sehingga kekuningan dengan api yang sederhana. Kemudian masukkan air rebusan Daging/Ayam kedalam bahan yang telah ditumis berserta Udang Kering, Halia, Serai dan diakhiri dengan Beras.



  • Biarkan sehingga beras kembang dan sebati dengan bahan-bahan yang lain, Apabila beras sudah kembang masukkan Santan dan kacau rata sehingga masak


apabila sudah masak hidangkan Panas2 :) kerana aromanya sangat memikat tau :P hiasla dengan bawang goreng, Daging/Ayam yg telah siap dicarik, Daun bawang daun sup dan Telur masin

oke siap.. awak semua nnty jangan lupe cube tau ^^







hai..hai..haiii awek-awekk..pakwe-pakwe..aunty2 uncle2. hihi.. sape kenal Liyana jasmin..cepat angkat tangan.. :P ehhh alamak..

assalammualaikum semua :) lupe td..
hihi dia tue comel kan..
ary ney dye kahwin so aku nak shared sikit gambar2 die..semuanye ambek kat pages LJ..
huuuu comei sgt :)

cantiknya ^^


both sweet :)

alahaaaiiii santek sangat ^^suka

^^
alahaaiiii cantiknya :) ney yang rasa cm nak kawin jgk.. :P 
moga kekal bahgia sampai syurga..aminnn  :)

Friday, 1 February 2013

kuih puteri ayu

assalammualaikum..

adik manis kakak manis.. hihi..opss lupe abg manis..:P
oke ary ney ade kawan bagi resipi cm mane nak buat "kuih Puteri Ayu" if makan kuih ney terus ayu katanye..haha layan kan je..

jom tengak bahan-bahannya :)

40biji (acuan kuih bergantung kepada saiz )
5 biji telur
250 gram tepung gandum
300 gm gula
2 camca teh Ovallate
1 camca teh baking powder
250 ml santan
pewarna hijau
kelapa parut

cara-cara 


  • mula-mula panaskan kukus dengan api yang sederhana
  • pukul telur , gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu (bahagia A)
  • masukkan santan , tepung gandum dan pewarna dalam (bahagian A). Kacau lagi sehingga aduan benar-benar sebati
  • sapukan sedikit minyak pada acuan dan masukkan sedikit kelapa parut dibahagian bawah acuan dan dimampatkan kelapa tersebut.
  • masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 5minit
  • setelah masak tunggu sehingga kuih sejuk dan keluarkan daripada acuan 
lepas tue ley la dihindangkan untuk minum petang..untuk tetamu yang dtg berkunjung pon boleh..selamat mencube awak-awak semua :) 


tada..ney la hasilnye..nyum3 sedapnye :)


Thursday, 17 January 2013

kasih timbalan comei :P

assalammualaikum..

setelah sekian lame ta lihat blog ney.. ary ney dapat sedikit peluang untuk mencoret rasa hati yang lame dibiarkan sepi.... alhamdulilah sehingga saat ini aku masih dapat menghirup udara yang segar dibumi Allah ini.. syukur alhamdulilah :)

banyak benda yang nak aku tulis tapi masa tidak mengizikan aku untuk melakukan semua tue.. kerana masa sangat mencemburui aku.. :( buat masa sekarang aku tengah sibuk dengan pemasaran padi.. alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. ^^ syukur..

back to da top story..
well..tempat kerja aku dapat seorang timbalan pengarah yang baru... seorang wanita yang baik dan happy go lucky.. dia boleh masuk dengan semua orang yang baru dia kenal.. since aku kenal dia, dia layan aku dengan baik sama dengan yang lain.. kami happy sebab dapat timbalan yang baik macam tue :) mana ta nya.. banyak nasihat yang dia bagi.. banyak kebaikan yang dia ceritakan..  and jujur la aku suka sangat cara dia mengendalikan kami.. solat same2 makan same2.. dan keluar jalan2 sama.. bak kata orang mane ade kami disitu ada dia.. ^^ aku ney haa.. da la ta da kakak..bila da layan macam tue kan aku rasa.. dapat jugak aku kasih sayang seorang kakak walaupon dia bukan kakak aku.. sumpah aku sayang dia macam aku sayang keluarga aku... sampaikan dia nak aku jadi adik ipar dia.. haha.. adik dia hohoho hencem macam cina.. :) tapi sayang adik dia ade makwe plak da.. so aku anggap budak laki berlagak tua ta de jodoh gan aku..hehe.. :P bialaa kan.. budak sombong tue.. hubungan kami sangat rapat..akk tue mmg ta pandang darjat atau pangkat.. dia layan semua sama rata, ta macam sesetengah individu yang mementingkan harta pangkat dan darjat.. mane2 pon boleh jumpe..kat opis aku pon ade org macam tue.. tapi lantak la..kesah plak aku kan.. orang da sombong so lantak la..tp aku ingt pesan arwah opah.. bia org buat jahat kat kite.. kite layan mereka dengan baik jgk.. besar pahalanya.. tapi kalu da annoying sgt kite bako je.. haha wekk.. :P akk tu salu la usik2 aku.. kdg2 pedas jgak tapi aku tahu dye hanya bergurau.. so aku ta kesah pon.. :) tp semalam akk tue anta mcg mai tersentuh aty mak nak..  dia nak aku yakin diri dia nak aku jadi manusia yang terbaik.. yaAllah aku masa tue rasa terharu sangat.. aku da nk meleleh da masa tue..tapi kena la cover kan.. huhu ade mamat hencem duk tgk2.. rasa cm nak cepuk je... hehe ta la gurau je. aku kat kedai makan mase tue.. semua ade ta kan la aku nak nages plak.. cume masa tue aku rasa sebak sangat... jarang org bagi nasihat macm 2... tapi keikhlasan kakak tue buat aty aku tersentuh.. :( akk tue mcm syg sangat kat aku..kadang2 aku ta nak pandang mata dye sebb aku takut aku nages..

aku ta tahu nak kata ape.. tapi aku berdoa semoga akk bahgia dibawah rahmat Allah.. aku selalu doakn die dan yang lain.. hanya Allah yang dapat balas segala kasih sayang akk kepada aku. T__T

-iloveyoumorethanyoulovemesamelikeilovemyfamiliuntilidie-

Thursday, 1 November 2012

saD day :(

assalammualaikum..
today mmg mood ta bape oke la.. kenape ea? kenape ea? kadang2 kite sering dipersalahkan atas keinginan dan kehendak org lain yang telah memaksa kite untuk memenuhinya? rungsing la kalau kite je asyik salah..hati kite sering terabai dan ta de sape yang ambil peduli.. :(

dan hari ni benda tue terjadi dalam pusingan hidup aku ney!! salah aku kew?? salah ke? aku cuma melakukan yang terbaik.. tetapi sering dipersalahkan walaupon kadang2 mereka tau bukan aku puncanya.. hanya kerana aku sudah dewasa? jd sewenang wenangnya mereka boleh menyalahkan aku la..

yaAllah, andai aku ta kuat mungkin aku da buat perkara yang tidak sewajarnyanya.. YaAllah. berikanlah aku ketenangan untuk aku menempuh semua masalah yang datang nie..

aku ingin hidup bahgia didunia ne dengan rahmat_Mu yaAllah :( aku ingin mejadi seorang wanita yang kuat beriman dan solehah yaAllah.. agar aku dapat menepis segala masalah yang datang mendadak tanpa lampu isyarat yang mendahlui..



to her : hope ini merupakan peringatan kepada kite agar tidak terlalu mengharapkan org lain untuk memenuhi keinginan dan kehendak kamu.. seadainya waktu bisa berputar.. belajarla menjadi seorang yang lebih matang dalam menjalani kehidupan didunia ini yang semakin mencabar. Jadilah anak yang solehah agar iman yang kite miliki mampu membentuk kite menjadi manusia yang berguna. insyaAllah. aminn ya rabbb..

sekian.

Sunday, 21 October 2012

^^

assalammualaikum

lame sgt ta uptades blog..rindu sangat. :). syukur alhamdulilah masih diberi ruang didunia ney untuk menghirup udara segar dan melihat keindahan yang terbentang luas ni.. syukur alhamdulilah. banyak benda yang manis dan pahit berlaku :) yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk dari diri ini sendiri

kenangan terindah

  • alhamdulilah raya tahun ini semuanya ada.so terasa sangat-sangat meriah dan gembira..semuanya berkumpul makan minum dan candid :) meriah sangat.. kenangan yang terindah untuk tahun ini tidak akan dilupakan sampai bila2 sbb tahun ini bagi lin tahun yang paling  gembira dan meriah berbanding tahun yang lepas-lepas.
Osem..osem. :)
  • baru-baru nie,lin ada penyampaian watikah perlantikan untuk anak-anak perak..alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.. ramai jugak yang datang masa majlis tue.. masa mula-mula sampai lin oke je la.. sbb da kurang rasa gementar..haha ramai sangat orang masa tue.. :P ( dalam keta punya la cuak) tapi keadaan berubah plak masa sesi pendaftaran tue.. :( Cik awak terpilih untuk naik kePentas sebagai 50 orang yang terpilih mengambil watikah daripada Menteri Besar.!!! bayangkan la..bru je nak oke nebes tue.. tibe2 depa bg nebes plak lagi.. usah citela macam mana cuaknya masa tue.. ketaq habis lutut-lutut ni..haha.. Org yang pertama naik plak 2..YaAllah mmg ta ley nak control perasaan nebes tue.. tp Alhamdulilah Lin istifar banyak2 dan lin boleh kurangkan perasaan tue.. ^^ syukur sangat.. Wartawan semua da sedia masa tue.. dan Cik Lin (nama Penuh dan nak ITp)..lin jalan pelan2 pastue senyum pada Camera..huhu..lepas je terima Watikah..lega sangat2.. :) terasa segar bugar lepas terima watikah tue :).. Majlis cm ney Pertama Kali berlaku dalam hidup Lin.. lin ta pernah merasa saat2 cm ney.. Lin bertuah sbb terpilih diantara 600 org tue :) Terima kasih YaAllah.. dan lin akan buat yang terbaik untuk banggakan mak ayah LIn.. dan memenuhi impian LIn.insyaAllah 

YaAllah, terima kasih diatas kurniaan_Mu yang tidak terhingga untuk hambamu ini.. semoga kebaikan ketulusan kejujuran kecantikan dan sifat2 terpuji serta keimanan sentiasa menebal didalam diri kami semua. Amin ya Raab..... 

Wednesday, 8 August 2012

urmm..

assalammualaikum..

ta tahu nak mulakan dari mana..tp hati ney mmg tgh dalam keadaan yang sedih, kecewa dan keliru dan semua perasaan tue bercampur baur..yaAllah kenape susah sangat nak lupe kan dia..kenapa yaAllah.. dia plak sebaliknya..semakin bahgia dengan kekasih dia yang terbaru..
yaAllah ape yang patut aku buat untuk melupakan die.. walaupun da bermacam2 cara aku gunakan untuk melupuskan ingatan aku pada die, tap keadaan masih sama seperti sebelumnya...setiap kali profilenya terlakar didepan mata..setiap kali jugak hati ini akan menjadi sebak T_____T . yaAllah tolonglah aku, aku buntu dan aku sangat memerlukan kekuatan untuk melupakan dia..
setiap kali solat aku berdoa agar dapat melupakan dia..tp kenape sampai sakg ney hati masih terasa dekat dengan dia walaupo sudah lama kami tidak berbalas mcg.. :( yaAllah hindarilah die dari diriku.. aku tidak mahu merosakkan kebahgian yang die tengah kecapi biarpon aku yang menggung siksanya.. :(

hilangkanlah ingatan aku pada syukur sharif...aku benci die yaAllah.. :(

Tuesday, 10 July 2012

dalam sujud mengalir air mataku :(

yaAllah walau pon seminggu telah berlalu, tapi haty ini masih belum melupakan die. semakin hari semakin kuat perasan ini sehinggakan lin binggung memikirkan.. hanya dalam sujud aku memohon doa semoga dapat lupakan dye secepat mungkin..

dye minta lin supaya kekalkan persahabatan dengan dye..tp untuk ape? lin takut lin ta mampu nak tempuh semua tue.. salahkah lin bertindak macam tue.. bukan tue yang lin mahukan tapi lin terpaksa sbb lin ta nak menggangu hubungann baru terjalin antara dye dan budak tue.

yaAllah setiap malam linangan air mata sentiasa mengiringi sujud lin.. kejam sungguh diri lin..bila ada masalah baru nak mengadap dye.. yaAllah, ampukan lin.. lin jahil..jahil tentang agama.. bukan lin  pinta semua ney tp lin menggangap ini ujian dan lin akan cube untuk bangun menjadi wanita yang solehah. T__T

yaAllah, jika lin ta de jodoh dengan dye. izinkan lin lupekan dye lin ta nak bayang2 dye sentiasa ade dengan lin dan sebb tue lin ambek keputusan untuk putuskan persahabatan dengan dye.. lin ta nak diri lin terluka atau kecewa lagi.. lin ta sanggup yaAllah :"(

sekarang ney lin akan berusaha untuk menjadi wanita yang solehah dan sentiasa menjaga solat..lin tahu ta semudah tue tp lin akan cub bersungguh2 untuk itu..

no love until akad :"(

Sunday, 8 July 2012

assalammualaikum.. 

alhamdulilah syukur Allah masih panjangkan usia lin.. cuma lin sekarang nie tengah kecewa terkilan semua ada..semuanya bercampur-campur :"( urmm lin ta tahu nak mulakan cm mane.. semalam lin tergerak hati nak bukak FB sbb lin rasa lama sgt ta bukak and ambek tahu pasal dia.. lin sekarang nie tengah busy nak final exam, tambahan pula sem ney pendik sgt..so kena tangkas dan pantasla cikit kalau tidak mungkin tak dapat nak tangkap apa yang pensyarah ajaq. bila lin bukak pages die..lin terbaca " semoga abg cepat sembuh.sy syg abg sgt2..love u muaaah " abeh sapa lin pada die selama nie..mcg lin col lin. ambek tahu pasal lin?? masa tu lin rasa Allah nak tunjuk kat lin yang sapa die yang sebenarnya.. kenapa die buat kat lin macam ney ye..lin memang sentap sangat semalam sampai depan lappy lin menagis. sayu hati lin masa tu. yang lin paling terkilan die hantar mcg col lin bagi harapan kat lin, tapi macam nie pulak yang terjadi. kenape die mempermainkan perasaan lin? sbb die rasa dye hensem or sbb die rasa lin ta layak nak berdampingan dengan lin.
 lin memang terkilan dengan apa yang dia buat kat lin.bukan lin ta penah cakap kat die.. bukan lin ta penah bgthu kat die.tp kenapa jalan macam ney yang die ambek..kenapa pendekatan macam nie yang dia gunakan untuk menghancurkan hati lin.kenapa? :"( salah lin sebab meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada die. lin tahu lin hanya manusia biasa yang ta sama tahap dengan die.tapi die ta de hak nak buat kat lin macam ni. lin ada hati dan perasaan. kalau lin ta layak untuk die, kenapa die hantar mcg col2 lin. kenapa? lin kecewa sangat dengan sikap die. lin kenal die dengan baik tapi ini yang dia buat kat lin. :"( kenapa awk buat lin macam nie ye? seingt lin, lin layan awk dengan baik lin ta pernah buat sesuatu yang salah dari segi agama. kalau lin ta sesuai dengan awk..kenapa awak masih nak mcg lin.. kenape ye awak? lin beri semangat pada awk masa awk sakit. sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. awk memang kejam pada lin. 

tidak mengapalah awak..sejujurnya lin da buang awk dari FB lin..bukan sbb lin benci or ta suka..tp biarlah lin mengundur diri.. lin tidak mahu menjadi perempuan yang terhegeh-hegeh mencari cinta seorang lelaki sebab tidak bermakna apa-apa pun. lin ta mahu lagi meletakkan harapan pada awak seperti yang da berlaku sekarang nie.  :"( sekiranya ada jodoh lin dengan awk.adalah..jika awk bukan jodoh lin..lenyapla awak dari minda dan jiwa lin. :"( sekian.

Friday, 8 June 2012

assalammualaikum..

terlalu lama rasanye ta uptades kat blog..mungkin kekangan masa yang menghalang. mungkin!!..
alhmdulilah, kerana masih lg merasai hidup yang penuh liku2 ni walaupon banyak cabaran dan dugaan yang datang melanda tapi aty nie masih tabah menghadapi semuannye dengan haty yang terbuka. :)

alhmdulilah..semester baru da pon bermula..kali nie subjek yang ditawarkan semakin mencabar minda hehe sebab skang ney semester pendik tue sbb dok habaq mencabar minda tapi insyaAllah demi mak ayah and kaum keluarga diri ini akan melakukan yang terbaik cm semester yang lepas ^^. 

syukor pada Allah sbb semester lepas aq punya result duduk dalam dekan LIst sesuatu benda yang aq ta harapkan..tp mungkin da tertulis :) alhmdulilah syukur sgt pada Allah walaupon kadang2 aq ney ade jgk melupakkn ajaran yang dituntut..yaAllah moga2 jalan yang luas akan dibukakan untuk aku. insyaAllah amin.

dalam 2 3 bulan ney banyak bnda yang terbaik berlaku dalam hidup aku..mungkin berkat dhuha yang aku lakukan..mungkin jgk ini rezeki Allah untuka aku da keluarga aku..alhmdulilah. mmg aku sgt2 bersyukur pada Allah swt.. tanpa Allah siapalah aku begitu jugak anda2 diluar sana. ^^ yaAllah aku mencintaimu melebihi segalanya. T__T sob2..terasa sedih plak. 

skang ney mungkin aq akan jarang on9 lg sbb semester ney mmg sgt pendik bg aku.. sbb subjeknye boleh dikatakan agak2 akan memecahkan saraf2 dalam otak aku..haha..ta la.. tp aq yakin aku boleh buat sbb aq da setkan dalam minda aku ney " kalau org lain boleh kenape kite ta bolehkan " yang penting kite kena usha doa dan tawakal.. restu mak ayah jgk penting na :) tp cm mane aku da suka geget mak..hehe..mak restu ta ney? hhihi.! lg pon aku jeles jgk tgk fadhil a.k.a ustaz asyik naik stage je kn.. setiap sem muka dye so aku nak la jgk merasa menjadi pelajaq paling terbaik antara yang terbaik.. benda ney jgk selalu menaikkan semagat aku untuk berjaya. ^^ tunggguuu!

k la ta nak type panjang2 lenguh tangan ney.. nak simpan tenaga la.. hehe..
babai semua..
belajaq rajin2 na..
nnty ley jumpe belanja makan :)

assalammualaikum ^_^

^^ 
alhmdulilah :)

Sunday, 6 May 2012

anak org kaya.

assalammualaikummm...

yaAllah, lame rasanya ta updates blog kite..banyak entry2 yang kite ta baca lagi..hehe..pas ney nak terjah la japp..tapi sebelum tue nak tulis la cikit cerita2 yang terjadi dalam idup kite tahun ney :) ade cite yang bahgia duka dan sebaliknya pon ade jugak..

oke untuk permulaan ney, baik kite cerita cite yang baik2 sbb mood kite masa nie sangat2 baik..^^ alhmdulilah kite da dapat gaji kite :) tue pon berita gembira jugak sbb hasil titk peluh kite awk3 semua..syukor alhmdulilah..  hasil gaji kite tue, kite dah berniat nak belanja famili kite makan kat luar :) tapi nak tau ta, ary yang kite nak belanja makan tue jumpe plak sedara kite.. depa nak makan jgk tp kakak comei tue ade hal plak..so depa bungkus makanan yg da depa order tue.. :) lepas depa balik.. kiteorg semua makan dengan penuh rasa gembira..:) hehe..alhmdulilah happy sgt ^^ tibela time nak bayar tue... awk2 semua tau..makanan yang kami semua makan td da dibayar ^^.. rasa bersyukur sgt sbb Allah beri rezeki yang ta disangka2.. :) ( marilah memuliakan solat dhuha-megnet rezeki ) alhmdulilah3..syukor pada Allah...:)

lagi 1 ade org tue cakap kite ney merupakan insan yg istemewa dalam aty dye ^^ hehe..cm ta caya je sbb bukan dye lafaskan benda tue sebaliknye text aje..^^ so, awak2 semua rasa cm mane ea.. ? patt kew kite percaya sbb kite pon ta pasty siapa dye dihaty kite ney? mencintai atau sekadar memiliki =_=' patutkah kite menganggap tue cume gurauan semata2..sbb malam tue dye sakan duk usik kite..kowt2 la dye saje je nak test2 kite..hasiiiihhh... pening jugak pikir pasal cinta ney..! ape pon ta boleh..huhu!! sape2 ade pendapat atau nasihat mcgla kat kite ye ^^ kadang2 pendapat ramai ney membuka lembaran jawapan yg lebih tepat..:) hehe..kite uji dye..tp dye ney cm memahamilah :) haha jatuh hatilah.

banyakla lg benda yang kite nak cite awk3 semua..tp ta tau cm mane nak mulakan..huhu!! oke2..yang ney cite cm sedih2 cikit la...before kite kenal dye eehh bukan kenal la... kenal lame da..cume mcg je baru agy..hehe! kite adelah mcg budak kolej kite, dye ney anak org kaya..kakak dye model agak terkenal la jgk ..tp kite bru tahu tadi..haha..bukan ape kite ney jarang la tau pasal model2 ney.. dye ney encem and cm peramah ta tentu hala..btw kite ta pernah tego dye, dye yang mengada2 nak tegor kite..haha berlagak..tp mmg betul cm tue.. kadang2 dye anta mcg kat kite..gaya2 cm suka bg harapan pas tue patahkan harapan tue..mungkin sbb dye anak org kaya..aduiiii..apelahkan... walaupon mcg ta lama kite da ley tangkap la perangai dye cm mane..wahhh kau cik kiah.over nampak..haha. kite ney awak2 semua jenis suka menguji lelaki untuk tahu sejauh mane ikhlas nye dye nak kawan dengan kite.. kite pon uji la dye, ujiannye hehe malu nak ckp tp malam tue terus ta mcg u..kite sje anta banyak2 kali mcg kat dye ..last2 kat fb dye da ade pempuan lain..siap bagi kate2 cinta semngat habaq hang. :) hebatkan. ^^ tanpa membuang masa kite tekan mark and delete semua mcg2 dye..huhu..da kena cm tue pon masih nak cimpan mcg2 dye..duku kepala sendiri..hehe! tapi ape2 pon semoga dye berubah and jd lelaki yg benar setia... :) amenn..





bunga-bunga cinta S S

Friday, 16 March 2012

daPat keja :)

assalammualaikum..

alhamdulilah da dapt keja... :) bru mula 2 ary..so far setakat ney oke2 je, banyak belajaq benda baru...syok..
isnin ney nak belajaq buat akaun plak.. semua yg berkaitan dengan akaun..huhu..benda yg ta minat tue plak yg kena belajar..hehe redho je la..asalkan ade keja and dapat pengalaman kerja tue pon sudah memadai. ^__^

yaALLAH, terima kasih mmberi rezeki ney kepadaKu.. waalaupon mase temuduga tue aku ta yakin yg aku ley terpilih akhirnye terpilih jgk. syukur.. berkat doa mak ayh.. nnty ade rezeki kite belanja mak ayah and abg adik makan2 kat luar ea.. :)

so..dikesempatan ney, aku akan belajaq semuanye dengan bersungguh2 sbb aku nak banggakan mak dan ayh ak..lau ade rezeki lebih..inysaALLAH aku akan tunaikan hajat mak dan ayh nak g menunaikan haji... buat abg yang nak umrah nnty, aku doakn ko selamat pergi dan balik..jagn lupe doakn kami semua ye.. yang penting doakn aku jumpe insan yg boleh menjadi imamku dan bakal anak2 comeiku naty. :) huhu! excited!

Wednesday, 7 March 2012

10-03-2012 abg aKk Punye maSeE! ( aBg aNGkatku )


assalammualaikum..
santeKkn!! antaran belah pempuan..  cInta yg peNuh denGan keseNian IsLam..
sweeT sgt.. akk Kite sUka saNgat taU.. nnty Kite Pon nak crI org cm aBg..
baIk..sweEt..selalu naSihatkn kite... seLalu ade Bile kite daLam kesUsaHan..
akk..sebeNarnye Kite sedIh bile aBg kite naK jdi TunaNg org da..
kite taU pas Ney kIte ta Ley gedIk saNgat gaN abg kite aGY sbb dye da jD milik aKk
kite ta Ley naK semaKKn idUp aBg kitE agy sBb abg da Ade taNggungJawB.
Kite ta ley sUh aBG beLnJe aGY sbb aBg kite Nak beLnJe TunaNg dye..
sedihNye.. aBg aKan LupeKan Kite Ta naNty.. aBG da 2 maLam neY kite tidO pOn cM ta TidO jE..
Kite PikirkaN seMua keNangan dUlu..kIte saMpai mimPikan Abg.  abG..aBg..Abg.. cm maNe kIte naK buaT ney..Kite haPPy Bile aBg naK tunaNg..daLam maSe yg saMe KIte sedIh
sedIh... :( :( :( :(
sUkar UntuK diUngkaP, kIte rasa cM aKan KehilaNgan seSuatu yang peNting daLam Idup Kite..
taPi aPekaH tue??

Friday, 2 March 2012

Dingin levendar

assalammualaikum..

tamat suda..well, cite ney mmg banyak menyentuh haty.
sepanjang episod ta pernah lepas or tertinggal..
cite ney sangat2 islamic..aq suka sgt!


ney je yg ade. ta nak tunJuk muka sedih
T___T


tapi!
td, tgk part akhir cite tue..sedih sgt
bile tgk ayah si murni..tibe3 aty teringt kat ayah dengan mak..
haty ney tibe3 sebak..
entah la kenape? ta tahu sebabnye...
T_____T
takut kehilangan mak dan ayah :(
sedih.
tibe3 terpikir, tanpe mak gan ayah..cm mne nak idup kat dunia ney
adik-beradik ta same dengan ibu bapa..
ibu bapa memahami.. segalanye dipenuhi.. 
kasih sayang, terlalu banyak dicurahkan..
yaALLAH sebaknye..
T______T 
ya ALLAH
ampunkan dosa2 kedua ibu bapaku.
limpahkan rahmat-MU yaALLAH keats kedua IBU BAPA ku
sesungguhnnya aq sgt menyayangi mak dan ayah..
sedih.