Monday 29 September 2014

Ujian Hidup

assalammualaikum

selamat pagi semua, semoga semuanye sentiasa dalam keberkatan..ameenn :) lama juga ta bukak ini blog..bertepek-tepek habuk...fuhhhhh..ahhcummm.. hee
hurrmm tajuk ni memang mendalam sikit....tambah radio plak putarkan lagu2 yang menyentap tangkai hati..bertambah2lah rasa :"(

boleh dikatakan tahun 2014 nie memang sedikit mencabar..macam2 ujian yang telah Allah kurniakan bermula daripada matinya lesen belian ......... dan seterusnye hal-hal ditempat belajar..
sekarang ni lyyn sepenuh masa belajar bagi melengkapkan apa yang kurang bagi mendapatkan sebuah title".. dan title sebagai pekerja tu terpaksa dikuburkan buat sementara waktu.

ya..inilah ujian hidup..kita akan merancang segala yang kita rasa terbaik untuk hidup kita tapi perancangan Allah adalah yang paling terbaik.. :) dan sesungguhnya lyyn menerima segala ujian ini dengan tabah..

cume ade segelintir individu yang akan involve dalam masalah yang kite hadapi secara sedar atau tidak.. " depa" ni kadang yang lebih berbanding kite yang sememangnya menghadapi masalah tu.. benda yang kecil pon boleh menjadi masalah yang besar kalau ade mulut-mulut jahat ini.. #fact.. sabar jela nak buat macam mane lagi..#kite hot :) heee

cuma nak habaq la sikit.. apa pon masalah org lain janganlah kite yang sibuk sangat.. canang sana sini.. seoleh2 kite ni buka aib org lain plak..pandai2la jaga hati orang atau pandailah sikit menghormati hak orang lain...kang Allah terbalikkan balik..aib awak tu plak Allah buka..zaman sekarang ni Allah bayar cash je...jadi mari sama-sama amalkan sikap yang lebih natural supaya hubungan yang terjalin tu lebih baik dan mendapat keberkatan Allah..inshaAllah :)

adehal plak... bai



sekadar gambar hiasan :P

Tuesday 24 December 2013

kelebihan @ kebaikan VCO catalyst :)

saya makan nie mmg syok.. pagi2 je mesty buang.. rasa lega and ringan je.. jd kat bawah tue saya kongsikan sikit kelebihan VCO ne.. sila2 la baca..



Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.


Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

Sunday 22 December 2013

sinopsis menjinak ombak..

cite ni penuh tanda tanya...




Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!
Menyusuli dengan kejayaan ‘Kampung Girl’, slot drama TV3 Zehra kembali mempersembahkan sebuah drama bersiri yang penuh misteri, ‘Menjinak Ombak’ bermula 6 Disember 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Eurofine Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh Along Kamaruddin, nukilan skrip oleh Azlan Din dan membariskanan pelakon popular tanahair seperti Shukri Yahya (Firhad), Fezrul Khan (Tengku Fatah), Risteena (Syakinah), Talha Harith (Asyraf) dan ramai lagi.
Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.
Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.
Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.
Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.
Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!
Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.
Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.
Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.
Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.
Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? 
Sinopsis cinta pandang ke 2 

hihi best la cite nie..

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.
<3 hihi best

Tuesday 3 September 2013

as salam

03.09.2013 hari nie bufday "dye
dye yg telah tinggalkan saya selama 5tahun ney
yaAllah, sejahat mana dye pada saya dahulu..
jadikanlah dye hambamu yang beriman dan bertaqwa
jadikanla dye hambamu yg sentiasa mengingatimu walau dimana jua keberadaan dye..
berikanlah keberkatan didalam setiap perjalanan hidupnya..
amin..
yaAllah, saya rindukan dye
hapuskanla rasa rindu ini.. hapuskanla perasaan cinta yg sgt mendalam ini..
hapuskanlah segalanya yaAllah agar hati ini terbuka untuk menerima insan yg bergelar lelaki.



harapannye begini, tapi.......?? jodoh tiada

Wednesday 24 April 2013

assalammualaikum..

apa khabar semua? sihat ke? moga-moga semuanya sihat sejahtera :)
kebelakangan ney pelbagai benda yang berlaku dalam hidup nie.. bukan hanya gembira tapi kedukaan jgk berlaku.. tp alhamdulilah semuanye dapat diselesaikan dengan baik.. kerana Allah mendengar setiap doa2 ku ^^ syukur..

alhamdulilah.. baru2 ney baru je selesai menjalankan kursus kahwin..yeahhh selepas ne boleh la kawin ye :) huhu.. sebenarnya ta sedia lagi nak g kursus kawin tue.. tp kawan plak ajak teman dye.. dengan hati ta rela g la jgk sebb nak menjaga hati kawan :) tau tau punya la berdebar sampai nak tulis name pon ketar abeh.. awat la ta tau.. kata ade jodoh kat situ ta de plak.. haha.. sabar je la.. semuanya berjalan dengan baikk..

hari pertama ustaz terangkan macam-macam seperti rukun islam dan sebagainya.. bila dengar ustaz ceramah rasa banyak benda yang tertinggal.. terasa hati nak mendalami lebih lagi ilmu agama.. seronok sangat dengar ustaz ceramah sampai ta sedar langsung waktu berlalu..huhuh..

masa seblum break.. tetiba ustaz kata " encik2 dan cik2 selepas waktu rehat nie ustaz nak test kamu mengaji.. jadi kamu semua siap sedia la.. :) hehe aku tgk muka sorang2 cuak.. temasuk la aku huhuh.. bukan ape da la ramai org mau ta tersalah baca dibuatnya.. haha.. tapi alhamdulilah dapat bace dengan lancar walaupon hati tue Allah je yang tahu. ^^ syukur hihi

masuk hari kedua.. ustaznye semua sporting dan sempoi.. haha.. macam2 ilmu perkahwinan yang di cerita kan.. dari yang kelakar sampai la yang serius.. haha syok sangat... terasa cm dapat banyak sangt ilmu ^^ tp ade part2 yang buat muka berubah malu.. hoho.. yang encik2 kite tue.. gelak sampai telinga.. haha. gila ubi betul...

overoll mmg syok la kursus perkahwinan ney :) yeahhhh alhamdulilah.. i da ade sijil kursus kawin ^^
awak2 yang ta ade lagi tue... cepat2 la ambek ye.. pas ney may be lagi susah dan mahal cikit.. kata ustaz tue.. bukan nak bag takut tau :p

bai :)





Saturday 2 February 2013

bubur lambuk

hellooo awak-awak semua..
Assalammualaikum :)
alhamdulilah kite masih diberi peluang untuk menikmati udara didunia ney.. syukur ^^

oke, hari ney nak bg resepi yang simple tp sedap..nyum2 sesuai untuk makan pagi atau petang..
tapi kalau sy..pagi petang dan tengahari pon boleh..hihi
asalkan kenyang perut :)

jap2..ade ta yang ta suka makan bubur lambuk?? rugi tau sbb bubur ney sedap dan mengenyangkan... jadi lepas tgk resepi ney sila2 la buat ye ^^ hasil tangan sendiri berganda2 sedap tau..
dari ta suka terus suka nanty.. :D
jom tgk bahan2nya :)

Bahan-bahan

150gm Beras
1 1/2 Liter air
100gm Daging/Ayam
100gm Santan pekat
30gm Daun bawang dan Daun sup
10gm Udang kering
1batang Serai (diketuk)
2sm Halia (diketuk)
1/2 biji Telur masin

Bahan-bahan tumis

1sudu makan Minyak sapi
4biji Bawang merah (dimayang/hiris)
3kuntum Bunga cengkih
1sm Kulit kayu manis
2kuntum Bunga lawang
1sudu Rempah ketumbar
1/2 sudu Serbuk Lada hitam

Cara-caranya


  • Mula2 rebus daging/ayam sehinga lembut. Apabila daging/ayam sudah lembut toskan dan carikan halus2.. Air rebusan disimpan untuk digunakan nanti. 



  • Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan Tumis sehingga kekuningan dengan api yang sederhana. Kemudian masukkan air rebusan Daging/Ayam kedalam bahan yang telah ditumis berserta Udang Kering, Halia, Serai dan diakhiri dengan Beras.



  • Biarkan sehingga beras kembang dan sebati dengan bahan-bahan yang lain, Apabila beras sudah kembang masukkan Santan dan kacau rata sehingga masak


apabila sudah masak hidangkan Panas2 :) kerana aromanya sangat memikat tau :P hiasla dengan bawang goreng, Daging/Ayam yg telah siap dicarik, Daun bawang daun sup dan Telur masin

oke siap.. awak semua nnty jangan lupe cube tau ^^