Saturday 2 February 2013

bubur lambuk

hellooo awak-awak semua..
Assalammualaikum :)
alhamdulilah kite masih diberi peluang untuk menikmati udara didunia ney.. syukur ^^

oke, hari ney nak bg resepi yang simple tp sedap..nyum2 sesuai untuk makan pagi atau petang..
tapi kalau sy..pagi petang dan tengahari pon boleh..hihi
asalkan kenyang perut :)

jap2..ade ta yang ta suka makan bubur lambuk?? rugi tau sbb bubur ney sedap dan mengenyangkan... jadi lepas tgk resepi ney sila2 la buat ye ^^ hasil tangan sendiri berganda2 sedap tau..
dari ta suka terus suka nanty.. :D
jom tgk bahan2nya :)

Bahan-bahan

150gm Beras
1 1/2 Liter air
100gm Daging/Ayam
100gm Santan pekat
30gm Daun bawang dan Daun sup
10gm Udang kering
1batang Serai (diketuk)
2sm Halia (diketuk)
1/2 biji Telur masin

Bahan-bahan tumis

1sudu makan Minyak sapi
4biji Bawang merah (dimayang/hiris)
3kuntum Bunga cengkih
1sm Kulit kayu manis
2kuntum Bunga lawang
1sudu Rempah ketumbar
1/2 sudu Serbuk Lada hitam

Cara-caranya


  • Mula2 rebus daging/ayam sehinga lembut. Apabila daging/ayam sudah lembut toskan dan carikan halus2.. Air rebusan disimpan untuk digunakan nanti. 



  • Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan Tumis sehingga kekuningan dengan api yang sederhana. Kemudian masukkan air rebusan Daging/Ayam kedalam bahan yang telah ditumis berserta Udang Kering, Halia, Serai dan diakhiri dengan Beras.



  • Biarkan sehingga beras kembang dan sebati dengan bahan-bahan yang lain, Apabila beras sudah kembang masukkan Santan dan kacau rata sehingga masak


apabila sudah masak hidangkan Panas2 :) kerana aromanya sangat memikat tau :P hiasla dengan bawang goreng, Daging/Ayam yg telah siap dicarik, Daun bawang daun sup dan Telur masin

oke siap.. awak semua nnty jangan lupe cube tau ^^







hai..hai..haiii awek-awekk..pakwe-pakwe..aunty2 uncle2. hihi.. sape kenal Liyana jasmin..cepat angkat tangan.. :P ehhh alamak..

assalammualaikum semua :) lupe td..
hihi dia tue comel kan..
ary ney dye kahwin so aku nak shared sikit gambar2 die..semuanye ambek kat pages LJ..
huuuu comei sgt :)

cantiknya ^^


both sweet :)

alahaaaiiii santek sangat ^^suka

^^
alahaaiiii cantiknya :) ney yang rasa cm nak kawin jgk.. :P 
moga kekal bahgia sampai syurga..aminnn  :)

Friday 1 February 2013

kuih puteri ayu

assalammualaikum..

adik manis kakak manis.. hihi..opss lupe abg manis..:P
oke ary ney ade kawan bagi resipi cm mane nak buat "kuih Puteri Ayu" if makan kuih ney terus ayu katanye..haha layan kan je..

jom tengak bahan-bahannya :)

40biji (acuan kuih bergantung kepada saiz )
5 biji telur
250 gram tepung gandum
300 gm gula
2 camca teh Ovallate
1 camca teh baking powder
250 ml santan
pewarna hijau
kelapa parut

cara-cara 


  • mula-mula panaskan kukus dengan api yang sederhana
  • pukul telur , gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu (bahagia A)
  • masukkan santan , tepung gandum dan pewarna dalam (bahagian A). Kacau lagi sehingga aduan benar-benar sebati
  • sapukan sedikit minyak pada acuan dan masukkan sedikit kelapa parut dibahagian bawah acuan dan dimampatkan kelapa tersebut.
  • masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 5minit
  • setelah masak tunggu sehingga kuih sejuk dan keluarkan daripada acuan 
lepas tue ley la dihindangkan untuk minum petang..untuk tetamu yang dtg berkunjung pon boleh..selamat mencube awak-awak semua :) 


tada..ney la hasilnye..nyum3 sedapnye :)